Facebook Likers

October 17, 2011

(Info) Budget 2012 : Daftar E-Kasih Untuk Bantuan Rakyat RM500


Sepertimana yang telah diketahui semua rakyat Malaysia, bermula Januari 2012, kerajaan akan menyalurkan bantuan RM500 yang digelar bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan Malaysia
telah mengumumkan bantuan “one off” atau sekali sahaja itu semasa membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah dikenalpasti sebagai agensi utama pelaksanaan bantuan ini kerana agensi berkenaan mempunyai rekod bagi semua pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif. Sedikit sebanyak bantuan ini akan dapat meringankan bebanan kewangan rakyat Malaysia. Borang permohonan ada disertakan bersama dibawah.

Untuk melayakkan anda menerima bantuan rakyat sebanyak RM500 ini, anda perlu mendaftar dengan pihak LHDN dengan menggunakan sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang permohonan bantuan RM500 tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.

Bantuan ini dijangkakan akan diagihkan secara berperingkat bermula Januari 2012. Tempoh memproses semua permohonan yang layak adalah selama 14 hari. Permohonan yang berjaya akan menerima bayaran melalui bank-bank yang akan dilantik.

Sila gunakan link di bawah untuk mendaftar E-Kasih.

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p