Facebook Likers

Our Sponsors

November 30, 2012

(Blogging) Nuffnang, Adsense, Advertlets, Innity & ManggaAds



Dan satu lagi permasalahan timbul apabila tiba-tiba blog ini kadangkala hilang daya penarik wangnya iaitu iklan-iklan nun di atas, di kiri mahupun dibawah sana. Seperti sabut, kadangkala timbul, kadangkala tenggelam. Penggunaan Blogspot sebagai medium blogging ternyata ada keburukannya juga kerana walaupun ianya percuma, ketiadaan aplikasi widget berkualiti tinggi seperti yang banyak terdapat pada platform wordpress menimbulkan kesulitan. Ditambah pula dengan kadangkala iklan-iklan yang disiarkan hilang siarannya bak A**** dikala hujan gerimis di waktu senja.


Dari menggunakan AdSense, bertukar pula kepada Nuffnang dan setelah sekian lama berkongsikan pula kasih dengan Advertlets sambil diselangselikan Says dan ChurpChurp, kini timbul keinginan untuk melakukan 5S pada blog ini. Memang pada permulaan hayat blog ini, niat dihati adalah untuk melengkapkan keinginan diri untuk meningkatkan ilmu IT dan mencuba sesuatu yang baru, tetapi kadangkala jika ada peluang yang mendatang, mana mampu ditolak ketepi. Nah, terlalu banyak yang dieksperimentasikan hingga akhirnya menyukarkan diri sendiri.




Awal minggu ini saya mula menggodek semula blog ini dan setelah dikaji dan diselidiki, Nuffnang menjadi pilihan terbaik untuk dirapati semula dan saya mula mengemaskinikan apa yang termampu. Ditambah pula dengan Advertlets yang tiba-tiba hilang dari keboleh"google"annya (hilang terus?), dan tidak dapat memeriksa baki yang ada, Innity yang memang entah bila dapat dipenuhi kehendak dan mahunya (Mesti ada minimum 200,000 page views sebulan, dan minimum 40,000 unique visitors sebulan!! Mak datuk!), Adsense yang tiba-tiba mem"block" akaun kerana entah mengapa tak tau nak terang macamana, ManggaAds yang entah ada lagi ke tidak, hanya ada satu pilihan iaitu Nuffnang. Sambil-sambil itu cuba pula melayari DenaiHati untuk belajar lagi apa yang patut. Sebab kita jangan malu belajar kalau dah tak tau.

 

Harap-harap pilihan ini berkekalan sampai bila-bila.

 




November 28, 2012

(Harap Maklum) WOW bukan singkatan untuk World Of Warcraft



Di dalam suratkhabar hari ini, ada tertera berita berkenaan WOW, singkatan kepada Workshops On Wheels (bukan singkatan untuk World Of Warcraft yek).

Dikhabarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah melancarkan khidmat bengkel bergerak yang dikenali sebagai Workshop On Wheels (WOW) sebagai satu khidmat bantuan kepada semua pengguna lebuhraya. Lebihkurang serupa dengan PlusRonda yang ada sekarang, cuma ada kelebihan lagi pada servis terbaru ini. Berikut keratan berita berkenaan servis tersebut.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) launched its’ first-ever ‘mobile workshops’ orWorkshop on Wheels(WOW) as part of the highway concessionaire’s strategy and approach to prevent and protect highway users from being cheated by unscrupulous tow trucks and workshops.

“We have received numerous feedbacks and complaints from highway users who claimed that they were cheated by unscrupulous tow trucks and workshops after engaging their services during breakdowns. This prompted us to collaborate with AAM and at the same time protect more users from being cheated by irresponsible parties on the highways,” said PLUS Managing Director and Chief Executive Officer, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid.

AAM has appointed its panel workshops to offer these mobile workshop services on the highways.
At the moment, PLUS do not have the authority to prevent tow trucks from entering the highways.
 “As such, highway users are often exposed to being tricked and cheated by these irresponsible parties,” Noorizah added.


According to Noorizah, similar to the services provided by the PLUSRonda, WOW basic services also covers free towing for small and light vehicles to the nearest rest areas or toll plazas, engine inspections and minorrepairs when they contact the toll-free PLUSLine 1800 88 0000 or use the highway emergency telephones.

“Upon notification from highway users, a PLUSRonda team will be immediately dispatched to the designated location to conduct inspection, evaluation and assist in minor repair. If more repairs are required, the PLUSRonda team will then contact the Traffic Monitoring Centre before a WOW unit is assigned to provide further repairs,” explained Noorizah.

WOW also offers vehicle spare parts replacements as vehicle battery, radiator, fans and others at reasonable prices. These services are provided on site or at other safe locations on the highways without having the users to exit the highway and being charged for towing service. Nevertheless, if the users insisted on sending their vehicles to their preferred workshops, they may do so at their own cost.

“To avoid any confusion and discrepancy, spare parts charges are clearly displayed on all WOW vehicles for the users’ reference and evaluation,” Noorizah said. In short, the services offered by WOW are given free. However, charges will be imposed for vehicle spare part replacements.

The First Phase of the WOW service will only cover the Seremban-Johor Bahru highway stretch 24-hours a day. The service will be made available at other stretches in stages.

“On average, 121 vehicle breakdowns are reported every day on the Seremban-Johor Bahru stretch on d days. The average number increases to 189 a day during festive seasons and long holidays on the same stretch,” she said.


Kepada mereka yang berulangalik ke tempat kerja menggunakan lebuhraya saban hari, mungkin berita ini ada kebaikannya tersendiri. Malang tak berbau, khidmat ini mungkin membantu anda ketika dalam kesusahan.

November 27, 2012

(AttentionPlease) Twitter Puteri Lily



Just semalam dengar-dengar ada cerita pasal tiada tut. Hari ini latest Singapura dengan Nabi Muhammad. Apa kena mengena negara Singapura dengan Rasulullah S.A.W? Ada related dengan AFF ke? Nak attention? Perlukan follower yang banyak? Excited sangat ni...




November 16, 2012

(Confused) Does Superman ever need a car?



Found this at local hypermarket while searching for a toy for my son. It just make me wonder, why does Superman need a car when he already can fly? Or is it when the Dark Knight has his own Batmobile aka the Tumbler, other superheroes must have their own cars?