Facebook Likers
November 30, 2012
(Blogging) Nuffnang, Adsense, Advertlets, Innity & ManggaAds
Dan satu lagi permasalahan timbul apabila tiba-tiba blog ini kadangkala hilang daya penarik wangnya iaitu iklan-iklan nun di atas, di kiri mahupun dibawah sana. Seperti sabut, kadangkala timbul, kadangkala tenggelam. Penggunaan Blogspot sebagai medium blogging ternyata ada keburukannya juga kerana walaupun ianya percuma, ketiadaan aplikasi widget berkualiti tinggi seperti yang banyak terdapat pada platform wordpress menimbulkan kesulitan. Ditambah pula dengan kadangkala iklan-iklan yang disiarkan hilang siarannya bak A**** dikala hujan gerimis di waktu senja.
Dari menggunakan AdSense, bertukar pula kepada Nuffnang dan setelah sekian lama berkongsikan pula kasih dengan Advertlets sambil diselangselikan Says dan ChurpChurp, kini timbul keinginan untuk melakukan 5S pada blog ini. Memang pada permulaan hayat blog ini, niat dihati adalah untuk melengkapkan keinginan diri untuk meningkatkan ilmu IT dan mencuba sesuatu yang baru, tetapi kadangkala jika ada peluang yang mendatang, mana mampu ditolak ketepi. Nah, terlalu banyak yang dieksperimentasikan hingga akhirnya menyukarkan diri sendiri.
Awal minggu ini saya mula menggodek semula blog ini dan setelah dikaji dan diselidiki, Nuffnang menjadi pilihan terbaik untuk dirapati semula dan saya mula mengemaskinikan apa yang termampu. Ditambah pula dengan Advertlets yang tiba-tiba hilang dari keboleh"google"annya (hilang terus?), dan tidak dapat memeriksa baki yang ada, Innity yang memang entah bila dapat dipenuhi kehendak dan mahunya (Mesti ada minimum 200,000 page views sebulan, dan minimum 40,000 unique visitors sebulan!! Mak datuk!), Adsense yang tiba-tiba mem"block" akaun kerana entah mengapa tak tau nak terang macamana, ManggaAds yang entah ada lagi ke tidak, hanya ada satu pilihan iaitu Nuffnang. Sambil-sambil itu cuba pula melayari DenaiHati untuk belajar lagi apa yang patut. Sebab kita jangan malu belajar kalau dah tak tau.
Harap-harap pilihan ini berkekalan sampai bila-bila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p