Facebook Likers

Our Sponsors

November 29, 2013

Gelungsur Air Yang Paling Menakutkan?

Gelungsur air paling tinggi di dunia akan dibuka kepada orang ramai di Kansas City, Missouri, Amerika Syarikat. Ia dinamakan Meg-A-Blaster. Ini merupakan rekabentuk tertinggi, terpantas dan paling curam pernah dibina di dunia. Kalau nak tahu, mereka menganggarkan kelajuan semasa menuruni gelungsur ini akan mencecah 95km/j.

Ketinggian? Adalah lebih kurang 140kaki menjulang di udara iaitu bersamaan 43 meter dari tanah.

Taman tema di Malaysia tak ada yang nak cuba perkenalkan permainan yang macam ni?

@SunwayLagoon @Wonderland @Legoland @BukitMerahLakeTownResort

November 22, 2013

Status Halal Atau Tidak?

Admin ada menerima info berkenaan status halal beberapa barang. Sama ada benar atau tidak, itu bergantung kepada pembaca sendiri untuk percaya atau tidak. Ini hanya sebagai pedoman dan rujukan, jika salah kita betulkan, jika benar kita sebarkan.

"Pig itu babi, Pork itu dagingnya, dan Lard itu lemaknya".

Diantara barangan yang ditegah umat Muslim memakannya kerana status halalnya diragui.

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA. PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow
11. Pringles

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady’s Choice
18. Semua jenis Jelly
19. Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady’s Choice Jelly.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
1. BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2. PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3. MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4. RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5. SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6. KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7. TONIK BAYI GRAPE WATER

Dipetik dari http://mejabulatku.blogspot.com/

November 01, 2013

(Nugget) Apa Isi Kandungan Nugget?


Siapa yang tak pernah jumpa nugget? Biasa dimakan dengan sos cili, dijual di pasar malam mahupun kompleks beli belah ternama, nugget adalah satu daripada makanan yang biasa dinikmati oleh masyarakat Malaysia. Ia digemari kanak-kanak malah disukai dan dijadikan snek oleh orang ramai.

Namun kadangkala terfikir semula dari bahagian daging manakah nugget ini sebenarnya diperbuat. Tiada bahagian ayam yang dipanggil nugget. Bahagian ayam adalah seperti dada ayam, paha ayam, kepak ayam, tetapi tiada yang bernama nugget. Jadi nugget itu sebenarnya dari bahagian ayam yang mana satu?

Baiklah. Berdasarkan hasil kajian para penyelidik dari Universiti Mississippi di Amerika Syarikat, ia boleh dikatakan hampir sahaja bukan ayam. Maksudnya isi kandungannya bukanlah daging putih ayam yang biasa kita makan, tetapi merupakan hasil campuran lemak, otot dan tulang. Mungkin ada daging tetapi kandungannya amat sedikit.


Ini adalah peratusan sampel nugget yang dilakukan mereka yang dibeli dari syarikat makanan segera multinasional.

Sampel A                                   Sampel B
56% Lemak                               58% Lemak
25% Karbohidrat                       24% Karbohidrat
19% Protein                               18% Protein


Melalui kanta pembesar mikroskop, didapati kandungannya merangkumi saluran darah, saraf, otot tulang, kulit, dan lain-lain. Oleh kerana kandungannya dipenuhi dengan bakteria, ia akan dibasuh (direndam) dengan ammonia untuk menghapuskan kuman-kuman yang ada. Selepas itu campuran nugget ini akan ditambahkan dengan perasa ayam tiruan dan oleh kerana ia berwarna merah jambu (pink), pewarna tiruan juga digunakan.


Tapi, walau apa pun yang anda telah baca disini, anda akan tetap membeli nugget dan menikmatinya dengan sos cili... hmm...sedap kan?