Facebook Likers

May 14, 2013

(News) Jenayah Bunuh Senjata Api Di Malaysia


Sejak kebelakangan ini rasa-rasanya banyak kes jenayah iaitu kejadian bunuh dengan senjata api yang disiarkan di akhbar berita.



Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 sahaja Selangor merekodkan peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur dan Kelantan.

 
Untuk tahun 2013, bagi bulan April dan Mei sahaja, terdapat 15 kes tembakan dilaporkan melibatkan tembak mati, pembunuh upahan, tembak cedera dan balas dendam.
 


13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.
12 Mei -  Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.
11 Mei - Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
7 Mei - Seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.
30 April - Seorang lelaki cedera ditembak ketika berada di dalam kereta berhampiran Pasar Borong Selayang.
30 April - Seorang lelaki nyaris maut apabila dua lelaki menaiki motosikal secara tiba-tiba melepaskan satu das tembakan ke arahnya yang ketika itu berada dalam kawasan pagar rumahnya di Simpang dekat Taiping.
26 April - Seorang lelaki mati ditembak di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras.
26 April - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
23 April - Seorang pemandu teksi ditembak mati dua lelaki ketika menikmati makan malam bersama isteri dan anak perempuannya di sebuah restoran di Batu 14, Kampung Baharu Puchong, Selangor.
14 April - Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang makan bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, Negeri Sembilan.
12 April - Seorang ahli perniagaan maut selepas ditembak dua lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST, Seremban.
7 April - Dua beradik cedera parah selepas ditembak seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan rumah mereka di Taman Bayu Mutiara, Pulau Pinang.
6 April - Lapan orang yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Dedap, Johor Jaya, cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan tiga lelaki bertopeng.
5 April - Seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki.
2 April - Seorang lelaki maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan dua individu dalam kejadian di kawasan flat Taman Sri Serdang, Selangor
2 April - Seorang peniaga maut selepas terkena tujuh das tembakan yang dilepaskan lelaki tidak dikenali di Lingkaran Pantai Jerjak, Pulau Pinang

Kalau dilihat dari senarai di atas, kita pun agak gerun, tapi apapun dengarnya PDRM Bukit Aman dah melantik Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed untuk mengetuai operasi dan gerakan memburu mereka-mereka yang terlibat melalui penubuhan pasukan khas di setiap negeri.




Bersama-samalah kita menyokong PDRM agar mereka dapat menyelesaikan kes-kes jenayah dan seterusnya menberi ketenangan dan keamanan kepada semua rakyat Malaysia, Amin.

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p