Facebook Likers

Our Sponsors

May 06, 2013

(2013) Najib Sah Ditabalkan Menjadi Perdana Menteri Malaysia


KUALA LUMPUR 6 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang.

Pertabalan Najib Sebagai Perdana Menteri Malaysia

 Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kedua Malaysia pada 1970.

Pertabalan Najib Sebagai Perdana Menteri Malaysia


 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

 Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN.
Sumber mypenangonline

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p