Facebook Likers

May 25, 2013

(Gila) Buaian Tertinggi Di Dunia Setinggi 400 Kaki




Anda suka melawat funfair? Mungkin juga berkunjung ke Genting Highland untuk menikmati keseronokan taman tema di atas bukit yang nyaman. Atau berkunjung ke mana-mana taman tema di serata Malaysia seperti Bukit Gambang, Bukit Merah, Sunway Lagoon, Wonderland, LegoLand, Times Square Theme Park malah mungkin juga melancong ke Singapura semata-mata untuk melihat sendiri Universal Studio Singapore?

Mungkin semua ini tidak boleh dibandingkan dengan apa yang bakal anda saksikan sebentar lagi. Anda pernah menaiki buaian? Yang tinggi menggalah ke langit, hingga mereka yang masih berada di atas tanah kelihatan halus.

Buaian ini dikatakan adalah yang tertinggi di dunia dan terletak di taman tema Six Flag Over Texas di Arlington, Texas. Ia dikenali sebagai Texas SkyScreamer dan dirasmikan pada 23 Mei 2013. Dengan ketinggian mencecah 121 meter (400 kaki), dan open-air seat, buaian ini akan memusingkan penumpangnya dengan kelajuan 56 km/jam. Hanya 12 kerusi sahaja dipasang pada buaian ini berbanding 16 untuk jenis buaian-buaian lain yang lebih rendah ketinggiannya atas faktor keselamatan.

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p