Facebook Likers

Our Sponsors

November 05, 2011

(Info) Cara Nak Tau Grade Telur Ayam

Kadangkala terfikir juga, bagaimana caranya nak tau grade telur-telur ayam yang dijual di kedai runcit. Kalau berpandukan saiz, memang nampak saiz grade A lebih besar dari grade D contohnya. Tapi agak musykil, takkan tak ada langsung sample atau standard yang boleh digunapakai semua orang terutamanya pembeli-pembeli telur?

Ada sebenarnya cara untuk mengetahui grade telur ni. Mungkin ada yang tau, mungkin ada yang rasa dia tau, ada yang mungkin langsung tak tau (pasal tau makan aje, beli telur tak pernah, hehe). Ok, boleh lah layan info di bawah.


Sebenarnya, banyak yang salah anggap saiz telur tu sebagai sebab telur ada banyak grade. Memang kalau telur tu besar, biasa letak grade A. Kalau kecik sangat, grade F. Kalau sederhana, blur kejap. Ikutlah kalau kedai cakap itu grade B ke, C ke, D ke, terima ajelah. Pekedai lebih pandai dalam bidang telur menelur punya saiz ni hehe...

Oklah, lepas ni kalau nak beli telur, sebenarnya BERAT telur yang jadi penentu grade, bukan saiz.

Gred AA (lebih dari 70g)
Gred A (65g - 70g)
Gred B (60g - 65g)
Gred C (55g - 60g)
Gred D (50g - 55g)
Gred E (45g - 50g)
Gred F (Kurang dari 45g)

Lepas ni, boleh bawak timbang sekali yek masa beli telur tu. Boleh kantoikan tokey kedai sekali hihihi


No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p