Facebook Likers

Our Sponsors

November 18, 2011

(Sukan SEA 2011) Malaysia 1 Indonesia 0

Sorakan padu penyokong Indonesia yang gegak gempita menyelubungi Stadium Gelora Bung Karno malam tadi tetapi sedikitpun tidak berjaya menggugat semangat Harimau Muda untuk mempamerkan permainan yang mantap.

Hasilnya walaupun bertarung habis-habisan, Garuda yang tercalar namanya, ternyata tidak mampu untuk menebus kembali maruah akibat kekalahan skuad seniornya kepada Malaysia pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2011 yang lalu.
Keputusannya :          Bola Sepak Sukan SEA: Malaysia 1 Indonesia 0
Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 1-0 untuk menjuarai Kumpulan A bolasepak Sukan SEA ke-26 2011 dengan hasil jaringan oleh Shahrul Azrawi selaku wira negara pada minit-18.

Kemenangan Malaysia ke atas Indonesia ini memastikan skuad negara Mara ke peringkat separuh akhir untuk bertemu dengan naib juara kumpulan B, Myammar.



P/S: Cayalah Malaysia! Harap2 dapat ke Final!

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p