Facebook Likers

October 26, 2011

(Info) Bom Nuklear Terbesar Di Dunia

Bom Nuklear B53
Sebuah bom nuklear paling kuat kuasa pemusnahannya di dunia kini berada di Amarillo, Texas untuk dilupuskan. Bom terakhir itu yang berkuasa beratus-ratus kali ganda lebih kuat dari bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun telah ditauliahkan pada tahun 1962 untuk kegunaan semasa Perang Dingin sedang memuncak ketika Krisis Peluru Berpandu Cuba (Cuban Missile Crisis)

Ledakan bom atom di Hiroshima
Kemuncak Krisis Peluru Berpandu Cuba
 Kini setelah hampir setengah abad, bom itu akan dicerai dan dan dilupuskan setara dengan komitmen Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussain Obama untuk mengurangkan jumlah senjata nuklear yang dimiliki. Dan jika berdasarkan perancangan, usaha pembubaran bom nuklear ini akan berjaya dilakukan setahun lebih awal.

Latihan mengenai pembuatan bom B53
Dua pekerja Pantex sedang memeriksa bom sebelum dilupuskan.
Bom nuklear B53 sedang dipindahkan

Bom nuklear ini digelar sebagai B53 dan mempunyai berat sebanyak 10,000 pound (4535.9 kg). Saiznya hampir dengan saiz minivan dan kuasanya 9 megatan, 600 kali ganda berbanding bom atom Hiroshima yang telah membunuh sebanyak 140,000 orang dan membantu menamatkan Perang Dunia ke-2. Ia telah direka untuk menghancurkan fasiliti jauh dibawah tanah dan dibawa oleh pesawat-pesawat pengebom B-52.

Pesawat Pengebom B-52
Saiznya yang besar adalah untuk memastikan impak yang menyeluruh jika tersasar kerana sistem panduannya yang tidak cekap. Ini berbeza dengan teknologi terkini yang menggunakan saiz lebih kecil tetapi dibantu oleh sistem yang canggih dan tepat pada sasaran, dan membantu mengurangkan kerosakan kolateral. 

Kuasa letupan B53 semasa ujian diadakan
Fasiliti Pantex di Texas
Komponen terakhirnya akan dipecahkan di Pantex Plant berdekatan Amarillo, dimana terletak satu-satunya fasiliti pembuatan dan pelupusan senjata nuklear Amerika Syarikat. Dan dengan itu, takhta bom nuklear terbesar didunia kini jatuh kepada B83 yang berkuasa hanya 1.2 megatan.

 Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk artikel asal disini. Sumber : Associated Press (AP)


No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p