Facebook Likers

August 18, 2013

(KDR1M) Pendaftaran Untuk Kad Diskaun Rakyat 1 Malaysia


  

Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) adalah program diskaun dan kesetiaan bagi kegunaan semua lapisan masyarakat. Pemegang kad khususnya, rakyat Malaysia boleh memperolehi segala manfaat dengan mendapatkan diskaun bukan sahaja di tempat-tempat utama malah seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. INFORMASI MALAYSIA juga berjaya melanjutkan program ini ke negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, Mauritius, India dan lain lain Negara selaras dengan tema 'Malaysia Truly Asia' pada masa akan datang.

5,000 merchants untuk 74 pelbagai kategori
di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

INFORMASI MALAYSIA telah mengenal pasti segala bentuk keperluan seharian rakyat bukan sahaja untuk individu tetapi dari aspek kekeluargaan keseluruhannya.Di antara bentuk keperluan adalah seperti berikut:

    Perkhidmatan Perubatan Klinik
    Restoran Makanan & Minuman
    Hotel Penginapan
    Pakaian & Accesori Kenderaan
    Arena Sukan & Kecergasan
    Taman Tema Tertutup & Luar
    Pembinaan & Hiasan Dalaman
    Perlindungan Insuran Am
    Pakaian & Accesori Kenderaan
 

PROSEDUR MENGGUNA KDR1M

INFORMASI MALAYSIA telah membekalkan pelekat khas untuk paparan umum sebagai tanda pelantikan serta tawaran menerima KDR1M di premis berkenaan. Tawaran diskaun tertakluk kepada terma and syarat1 konsessi syarikat tersebut. Pemegang kad hanya perlu menunjukkan kad diskaun KDR1M sebagai bukti pengesahan. Sekiranya pemegang kad diskaun KDR1M mendapat keraguan terhadap syarat diskaun, sila hubungi hotline kami di 03-88811145 untuk penjelasan muktamad.

INFORMASI MALAYSIA juga menyediakan kemudahan e-sebaran (newsletter) bulanan kepada e-mel pemegang kad diskaun mengenai maklumat semasa promosi dan diskaun terbaru. Objektif serta peranan INFORMASI MALAYSIA adalah untuk mewujudkan fenomena yang boleh mengurangkan beban perbelanjaan dengan cara berjimat kepada semua rakyat Malaysia. Matlamat ini boleh di capai dengan adanya kad diskaun KDR1M selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang di jangka meningkat daripada 4.5% - 5% seperti yang di bentangkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Najib dalam Bajet 2013.



Untuk pendaftaran, sila rujuk di laman web asal KDR1M. Sila klik di sini.


No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p