Facebook sebenarnya amat mengenali diri anda, mungkin lebih dari apa yang anda sendiri tahu. Apabila meng'update' status anda, menambah rakan-rakan, menghantar mesej, men'tagging' gambar-gambar, Facebook sebenarnya merakamkan segala tindak tanduk anda, tahu apa yang anda buat. Walaupun mungkin info tersebut telah dipadamkan, ia sebenarnya tetap tersimpan didalam pangkalan data di server-server farm Facebook. Faktanya jelas, ada seseorang sedang memerhatikan anda.
Ada kisahnya disebalik posting ini. Seorang pelajar jurusan undang-undang di Vienna, Austria baru sahaja mengetahui sesuatu yang amat menakutkan. Dia telah menghantar permintaan rasmi kepada Facebook untuk mendapatkan segala data-data dirinya yang disimpan di pangkalan data Facebook. Facebook telah membalas permintaannya itu dengan menghantarkan sekeping CD kepada Max.
Apa yang terkandung didalam CD itu? Ada 1,222 fail PDF didalamnya, yang menceritakan secara jelas dan terperinci segala maklumat Max. Ini termasuk segala mesej yang telah dipadamkan, gambar-gambar beserta maklumat GPS (geotagged) dan semua butiran dirinya.
Ini adalah kisah Max. Apa pula maklumat anda yang disimpan oleh Facebook?
No comments:
Post a Comment
Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p