Facebook Likers
December 31, 2011
(2012) Ada Apa Pada Jam 12:00 Tengah Malam
Selain daripada sambutan menyambut ketibaan tahun baru 2012, jangan dilupakan apa yang telah tertangguh sekian lama. Setelah ditangguhkan selama 3 tahun, tepat pada detik 12 tengah malam ini menandakan bermulanya tahun baru 2012, pemakaian wajib tali pinggang keledar belakang akan diwajibkan dan tiada alasan lagi yang boleh diberikan.
Tindakan saman terhadap pemilik kenderaan yang melanggari undang-undang ini akan bermula selepas jam 12 malam iaitu 1 Januari 2012. Dan memandangkan malam ini adalah malam sambutan tahun baru, kemungkinan besar akan ada operasi besar-besaran di ibukota dan bandar-bandar besar.
P/S: Sila berhati-hati. Bukan sahaja untuk keselamatan orang tersayang, malah untuk poket anda juga. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p