Facebook Likers

Our Sponsors

September 16, 2013

(SYM) Konvoi Accident Di Kuantan

Baru saja mendapat berita tentang kemalangan yang berlaku berdekatan Cherating. Berita lanjut dan gambar dibawah.

KUANTAN – Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, kumpulan konvoi berkenaan dipercayai merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikatakan membuat pusingan-U.
Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.
Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada Pulau Pinang menuju ke Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal.

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p