Facebook Likers

December 05, 2012

(Cool) Stesen Janakuasa Solar Pertama Di Dunia Beroperasi Waktu Malam





Ini adalah Stesen Janakuasa Gemasolar (Gemasolar Power Plant) yang terletak berdekatan Seville di selatan Sepanyol (Spain) yang merupakan stesen janakuasa solar pertama di dunia yang boleh menghasilkan tenaga elektrik di waktu malam dimana ianya mampu beroperasi selama 24 jam sehari semalam tanpa henti.


Amat mengejutkan kerana sebarang sistem janakuasa solar kebiasaannya memerlukan pancaran cahaya matahari untuk menjana tenaga elektrik. Tidak pula bagi sistem janakuasa terbaru ini kerana dengan menggunakan konsep bateri, ia mengunakan medium garam nitrat terlebur sebagai medium untuk menyimpan kepanasan suhu terlampau yang dijanakan pada siang hari dan ia digunakan pada malam hari untuk menggerakkan turbin.

Bagaimana sistem terbaru ini berfungsi? Baiklah, admin akan menerangkan kronologi penjanaan kuasa solar ini untuk memudahkan pemahaman para pembaca.

Sebagaimana yang para pembaca mungkin telah tahu, sistem solar yang biasa digunakan adalah dengan menggunakan panel solar (Photovoltaic panel) untuk menjanakan kuasa. Sistem yang digunakan oleh Stesen Janakuasa Gemasolar ini pula menggunakan 2600 cermin-cermin gergasi (ya, anda tidak salah baca, 2600 semuanya) yang disusun secara membulat mengelilingi tangki garam nitrat terlebur didalam menara yang meliputi kawasan seluar 185 hektar.

Pancaran cahaya matahari ini dipantulkan oleh cermin-cermin ini dan ditumpukan tepat pada tangki garam nitrat terlebur itu dan memanaskannya ke suhu terlampau 900 darjah selsius (superheat). Ini menyebabkan air disekeliling tangki itu mendidih dan bertukar menjadi wap dan ini menggerakkan turbin stim dan menjanakan tenaga elektrik.

Tenaga haba berlebihan yang tersimpan didalam garam pula digunakan untuk menggerakkan turbin pada waktu malam dan mampu mengerakkannya selama 15 jam tanpa henti jika keadaan memerlukan.

Projek usahasama syarikat dari Abu Dhabi dan Sepanyol ini menelan belanja hampir RM1.3 billion berpotensi mengeluarkan output 20 megawatt dan adalah projek janakuasa solar terbesar di Eropah dan mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.