Produk Tembakau Berproses atau lebih dikenali sebagai rokok tembakau telah ditaiktarafkan harganya untuk menangani masalah peningkatan kos oleh British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) sebanyak 3 peratus berkuatkuasa hari Isnin, 3 Jun 2013.
Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah
Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT
Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang
membawa kepada peningkatan kos operasi".
Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat
peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada
34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami
memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi
semua jenama rokok kami," kata Toh.
Harga baru rokok sekrang adalah seperti berikut:
DUNHILL RM10.50
KENT RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT RM9.00
PALL MALL RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.