Facebook Likers

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

May 14, 2013

(News) Jenayah Bunuh Senjata Api Di Malaysia


Sejak kebelakangan ini rasa-rasanya banyak kes jenayah iaitu kejadian bunuh dengan senjata api yang disiarkan di akhbar berita.



Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 sahaja Selangor merekodkan peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur dan Kelantan.

 
Untuk tahun 2013, bagi bulan April dan Mei sahaja, terdapat 15 kes tembakan dilaporkan melibatkan tembak mati, pembunuh upahan, tembak cedera dan balas dendam.
 


13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.
12 Mei -  Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.
11 Mei - Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
7 Mei - Seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.
30 April - Seorang lelaki cedera ditembak ketika berada di dalam kereta berhampiran Pasar Borong Selayang.
30 April - Seorang lelaki nyaris maut apabila dua lelaki menaiki motosikal secara tiba-tiba melepaskan satu das tembakan ke arahnya yang ketika itu berada dalam kawasan pagar rumahnya di Simpang dekat Taiping.
26 April - Seorang lelaki mati ditembak di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras.
26 April - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
23 April - Seorang pemandu teksi ditembak mati dua lelaki ketika menikmati makan malam bersama isteri dan anak perempuannya di sebuah restoran di Batu 14, Kampung Baharu Puchong, Selangor.
14 April - Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang makan bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, Negeri Sembilan.
12 April - Seorang ahli perniagaan maut selepas ditembak dua lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST, Seremban.
7 April - Dua beradik cedera parah selepas ditembak seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan rumah mereka di Taman Bayu Mutiara, Pulau Pinang.
6 April - Lapan orang yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Dedap, Johor Jaya, cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan tiga lelaki bertopeng.
5 April - Seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki.
2 April - Seorang lelaki maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan dua individu dalam kejadian di kawasan flat Taman Sri Serdang, Selangor
2 April - Seorang peniaga maut selepas terkena tujuh das tembakan yang dilepaskan lelaki tidak dikenali di Lingkaran Pantai Jerjak, Pulau Pinang

Kalau dilihat dari senarai di atas, kita pun agak gerun, tapi apapun dengarnya PDRM Bukit Aman dah melantik Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed untuk mengetuai operasi dan gerakan memburu mereka-mereka yang terlibat melalui penubuhan pasukan khas di setiap negeri.




Bersama-samalah kita menyokong PDRM agar mereka dapat menyelesaikan kes-kes jenayah dan seterusnya menberi ketenangan dan keamanan kepada semua rakyat Malaysia, Amin.

December 31, 2011

(2012) Ada Apa Pada Jam 12:00 Tengah Malam


Selain daripada sambutan menyambut ketibaan tahun baru 2012, jangan dilupakan apa yang telah tertangguh sekian lama. Setelah ditangguhkan selama 3 tahun, tepat pada detik 12 tengah malam ini menandakan bermulanya tahun baru 2012, pemakaian wajib tali pinggang keledar belakang akan diwajibkan dan tiada alasan lagi yang boleh diberikan.


Tindakan saman terhadap pemilik kenderaan yang melanggari undang-undang ini akan bermula selepas jam 12 malam iaitu 1 Januari 2012. Dan memandangkan malam ini adalah malam sambutan tahun baru, kemungkinan besar akan ada operasi besar-besaran di ibukota dan bandar-bandar besar.


P/S: Sila berhati-hati. Bukan sahaja untuk keselamatan orang tersayang, malah untuk poket anda juga.  :)


December 16, 2011

(Facebook) Dah Start Guna Timeline?


Dah start gunakan Timeline? Semua akaun Facebook akan secara automatik ditukar ke format baru ini bermula pada 22 Disember 2011. Ini merupakan perubahan terbesar Facebook setakat ini dan sama ada anda suka atau tidak, nampak gayanya inilah rupa terbarunya. Roll-out atau pelaksanaan format ini telahpun bermula pada 7 Disember yang lalu di New Zealand dan beransur-ansur ke negara-negara lain dan jika anda masih belum menerima info ini, sila gunakan link dibawah untuk preview dan mengaktifkan Timeline anda.



Mark Zuckerberg, CEO Facebook sendiri telah memperkenalkan fungsi terbaru ini pada bulan September yang lalu di f8 Conference sebagai profil terbaru Facebook. Ada yang sukakan profil baru ini, namun ada juga yang tidak menyukainya hingga ada yang telah memadamkan akaun mereka. Anda bagaimana?




Untuk mendapatkan preview awal, sila klik pada link ini dan klik pada Get It Now.


P/S: Pelik bila tengok semula semua post lama dari tahun 2008..... 

December 14, 2011

(Privacy) Facebook Knows A Lot About You


Facebook knows you a lot, I mean a lot. When updating statuses, adding friends, sending  messages, tagging photos etc, Facebook does actually recording every move that you makes. It's might be a mundane issue to you, but the fact is someone is monitoring you. Still reading this?

There's a story behind this. Max Schrems, a 24 year-old law student from Vienna, Austria actually sent a request to get a copy of his personal information that had been collected by Facebook. After waiting for some time, Facebook did sent him a disc. Inside the disc are 1,222 PDF files, detailing each and every moves that he made which includes deleted messages, relationships, geotagged photos, and everything that had been posted.



So how much data is Facebook collecting on you?



November 22, 2011

(News) New Avanza - Update

A new Avanza (Codenamed D01N) has been unveiled in Indonesia with major facelift which comprises both interior and exterior. This model was shown earlier through spyshot  and now here come the updated Toyota Avanza (Daihatsu Xenia).

 
 

 
 

November 16, 2011

(Berita.News) Harga Tol Plus Kekal Hingga 2015


Dapat berita yang best untuk tempoh 4 tahun akan datang.

"UEM Group dan KWSP bersetuju ketepikan baki pampasan semasa PLUS berjumlah RM2.9 bilion daripada kerajaan"

"Beku harga tol PLUS kekal hingga 2015. Naik mulai 2016 pada kadar 5% setiap 3 tahun."

"Tol Jambatan P. Pinang kekal hingga 2038"

- UEM & KWSP-

November 09, 2011

(MyStory) Oh Why? Where Did You Go?

Until the end of last month, at least I was having some BE running at this blog. Although the earning were very low, somehow seeing that advertisers still choosing my blog does make me happy. And then something happened. The BE campaign just stopped. Dead. Nada. None.

What really happened? Was it because of lack of updates again? Gulp......


Please come back!!! In the meantime, I'll be checking this awesome beneficial articles :)


P/S: Want to apply for Nuffnang? Click here!

November 06, 2011

(Berita) Bahayanya Ulat Bulu



Ni bukan gambar ulat bulu. Ni beluncas kot...
Semalam 4 November 2011, ada berita berkenaan seorang pekebun kelapa sawit maut disebabkan terkena bisa ulat bulu ketika bekerja membersihkan ladangnya. Biasanya memang ada terdengar bahaya ulat bulu kepada manusia, tetapi agak jarang didengari ada kematian yang menyusuli apabila terkena atau tersentuh ulat bulu. Berita selanjutnya dibawah ini.
Cuba bayangkan melekat kat tangan..pipi...kaki....erk!
Panjangnya bulu.....huhu

MIRI: Selepas tiga jam menjalani pembedahan bagi membuang nanah akibat terkena bisa sejenis ulat bulu berbahaya, seorang pekebun kelapa sawit yang juga bapa kepada 10 anak, akhirnya meninggal dunia di Hospital Miri (HM) di sini, kelmarin.

Bathew Obeyn, 58, dari Kampung Labau Kelulit, dekat sini, dikatakan terkena bisa ulat bulu berkenaan sejak seminggu lalu ketika melakukan kerja pembersihan di ladang kelapa sawitnya menyebabkan jari telunjuk tangan kanannya gatal sebelum membengkak dan bernanah. Bimbang dengan kesakitan teruk dialami akibat bisa ulat bulu itu, mangsa dibawa ahli keluarganya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di sini, selain turut mendapatkan rawatan secara tradisional.

Bagaimanapun, keadaan mangsa tetap tidak berubah, malah menjadi lebih teruk sekali gus menyebabkan dia sering mengerang menahan kesakitan sehingga tidak dapat tidur menyebabkan ahli keluarga membuat keputusan untuk menghantarnya ke HM. Isteri mangsa, Lily Simpol, 40, berkata, sebaik selesai pemeriksaan ke atas suaminya dilakukan, doktor memberitahu pembedahan perlu dilakukan bagi membuang nanah akibat bisa ulat bulu berkenaan, tetapi ia satu tindakan berisiko tinggi kerana suami turut mempunyai masalah lemah jantung.

“Doktor sudah memberitahu kepada saya dan suami bahawa pembedahan membuang nanah itu amat berisiko kerana boleh membawa maut disebabkan suami turut mempunyai komplikasi jantung. “Tetapi, disebabkan tidak sanggup lagi menahan kesakitan akibat bisa ulat bulu itu, suami tetap mahu meneruskan pembedahan membuang nanah di jari telunjuknya itu,” katanya.

Lily berkata, suaminya menjalani pembedahan kira-kira jam 9 malam, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, selepas jantungnya tidak berfungsi.

Pesanan: Hati-hati dengan ulat bulu. Bahaya...



October 31, 2011

(Tragedi) Keretapi Dilanggar Lori Tangki di Kota Kinabalu

Keretapi sedang terbakar







And satu klip lagi dari Wan Tan's Facebook Video.


Dengarnya 18 people terkorban... Rest in peace...

October 30, 2011

(News) Tunku Maria, Fasha Sandha, Zakiah Anas

Alhamdulillah, dah bertutup aurat, dah bertudung dah semuanya. Semua ni ada di JomHeboh 2011 di Kota Bharu, Kelantan yang lepas. Nampak semacam je tudung Fasha tu. Pinjam orang ka? Eh, artis-artis wanita memang wajib pakai tudung ke kalau masuk Kelantan?

October 26, 2011

(Info) Bom Nuklear Terbesar Di Dunia

Bom Nuklear B53
Sebuah bom nuklear paling kuat kuasa pemusnahannya di dunia kini berada di Amarillo, Texas untuk dilupuskan. Bom terakhir itu yang berkuasa beratus-ratus kali ganda lebih kuat dari bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun telah ditauliahkan pada tahun 1962 untuk kegunaan semasa Perang Dingin sedang memuncak ketika Krisis Peluru Berpandu Cuba (Cuban Missile Crisis)

(Takut) Hantu Di 7-11 Paka, Terengganu

Cerita diterima semalam tarikh 25 October 2011, dan video upload hampir kesemuanya pada masa yang sama. Rakaman bertarikh 20 October 2011 dan bermula jam 3.08 pagi (berdasarkan timer pada rakaman CCTV). Dan pekerja shift siangnya pulak merakam semula video dengan handphone pada lebihkurang jam 8 pagi. Cerita ni pun dah diposting malam tadi lagi, tapi sebab tajuknya pun omputih, dan sebab malas nak menaip posting tu pun kosong ajelah.

Tak pasti sebab ada pendapat yang mengatakan fake (palsu) dan ada juga yang percaya, tapi cerita asalnya tak tahulah, kecuali ada pembaca yang boleh clarify balik asal usul cerita ni.

Di bawah ni disertakan link untuk video tersebut. (Blogserius pun ambik link nih).


Tengok boleh, nak percaya ke tidak masing-masinglah ye? Jangan takut pulak  nak keluar malam-malam pergi 7 Eleven pasni :)

October 17, 2011

(Info) Permohonan Online SKM/ST 2012 : Online Application For SKM/ST 2012

Permohonan untuk mengikuti pengajian Sijil Kemahiran Malaysia dan Sekolah Teknik telah dibuka kepada mereka-mereka yang berkelayakan. 


September 27, 2011

(News) New Avanza?

Well, this pictures already circulated in Indonesia recently. The images are not that clear but we can see some resemblences with current model. Would it look nicer or not?

June 19, 2011

(Seriously) Spongebob SquarePants



Spongebob Squarepants
This is the SpongeBob Squarepants that we knew. Until researchers discovered a new species of mushroom which lives under a tree in the rain forest, and not in the sea. And because of its strange properties, it was called SpongeBob SquarePants. Nope, just kidding. 

April 30, 2011

(News) Update : iPad 2 Officially Launch In Malaysia

This is the news update as received from Apple itself. The probability of Malaysia to be included in this round of launching is based on rumours flying around. Just wait for another week & hopefully, we will receive good news.

April 22, 2011

(News) Are you sure? WHITE iPhone 4 in Malaysia?

Interested on iPhone 4 in WHITE colour? You might already seen the advert in newspaper today, but you forgot to buy yours today, use the link given. Click here.

April 01, 2011

(News) iPad 2 Officially Launch in Malaysia

Well, the official news was Singapore and Hong Kong and several more countries will receive the iPad 2 in April 2011.

I've heard rumour that iPad 2 will be launch in Malaysia too in April 2011, and then I received news that the date would be on the 18th April. Whether the information is just a prank due to April Fool's joke or not, at least I'm sharing it with all of you.

The price should be the same as the first iPad when it was launched here. So we can starts counting our saving, like right now.

Update: Yup, it was a joke. To all readers, just be cool, and just wait for the official news. Too many rumours flying around at this time right now.

If you cannot wait, you can always buy it from the grey importer. (Lowyat forum, Mudah.my or Lelong sites).

 

November 30, 2010

(News) The iPad finally arrived :Officially:

Image representing iPad as depicted in CrunchBase
If you've been reading a lot of local technology news lately, you might have heard that Maxis is going to launch their iPad data plan, and someone also said that Maxis might be selling it too. And now Maxis already launched their iPad Plan which consists of postpaid and prepaid.



And.... the surprise? The iPad itself is now available at all Apple Premium Resellers.
• Epicentre, Pavilion Kuala Lumpur
• Epicentre, IOI Mall
• Machines, Lot 10
• Machines, Suria KLCC
• Machines, Mid Valley Megamall
• Machines, Sunway Pyramid
• Machines, The Gardens
• Machines, City Square (Johor)
• Mac Studio, Bangsar Shopping Centre
• Mac Studio, Berjaya Times Square
• Mac Studio, Plaza Low Yat
• Switch, Plaza Gurney, Penang
• Switch, The Mines

and of course, the Apple Shop itself at Harvey Norman
• Bukit Tinggi
• Mid Valley
• Ikano PowerCentre
• Sunway Pyramid

Check out the official price below.
iPad with Wi-Fi
Connect to the Internet wherever you can access a Wi-Fi hotspot.
16GB – RM1549 RM1199 
32GB – RM1849 RM1499
64GB – RM2149 RM1799
* Update after iPad2 launched.

iPad with Wi-Fi + 3G
Connect to the Internet at Wi-Fi hotspots and a cellular network when you’re on the go.
16GB – RM1999 RM1599
32GB – RM2299 RM1899
64GB – RM2599 RM2199

*Update after iPad2 launched.